LENOVO Technology Sdn Bhd (Lenovo Malaysia), pengedar komputer berjenama Lenovo di negara ini melancarkan komputer tablet pertamanya, Tablet IdeaPad K1 dengan platform perisian Android 3.1 bagi membolehkan pengguna mengakses aplikasi kegemaran mereka di mana saja.
Tablet Internet mudah alih pertama Lenovo itu turut dimuatkan dengan lebih daripada 30 aplikasi terkini bernilai lebih RM200 termasuk permainan maya popular Angry Bird definisi tinggi (HD).
Pengurus Besar Lenovo Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, Tablet IdeaPad K1 didatangkan dengan sistem pemproses dwiteras mudah alih NVIDIA Tegra 2 yang menawarkan kelajuan maksimum ketika melayari Internet serta kualiti permainan konsol lebih tinggi selain penjimatan kuasa bateri.
“Dengan berat hanya 750 gram, pengguna boleh mendapatkan tablet ini di cawangan Lenovo terpilih seluruh negara pada harga RM1,499 bagi tablet dengan kapasiti memori dalaman sebanyak 32GB,” katanya. - Mymetro
No comments:
Post a Comment