NIBONG TEBAL - Satu kumpulan penjenayah Geng Shraf yang aktif melakukan samun selepas berpura-pura bertanyakan sesuatu dan meminta arah jalan tumpas ekoran penahanan lima anggotanya pada awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, suspek pertama berjaya ditahan selepas dia menyamun rantai leher seorang wanita di Sungai Bakap dekat sini pada pukul 12 tengah hari 10 Ogos lalu.
Menurut beliau, hasil soal siasat terhadap suspek pertama itu membawa kepada penahanan empat lagi suspek lain dua hari selepas itu di sekitar Alma dan Bukit Tengah di Bukit Mertajam.
"Modus operandi Geng Shraf adalah menunggang motosikal secara berkumpulan di kawasan perumahan dan lokasi menjadi tumpuan ramai untuk mencari mangsa.
"Sebaik mengenal pasti mangsa, mereka akan berhenti dan berlakon seolah-olah bertanyakan sesuatu sebelum menyamun barangan berharga milik mangsa," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Kata beliau, daripada siasatan terhadap suspek-suspek yang tiada pekerjaan itu mereka telah terlibat dalam kira-kira 10 kes samun menggunakan modus operandi sama sejak sebulan lalu.
Geng Shrah mengambil sempena nama salah seorang suspek yang ditahan. - Kosmo
No comments:
Post a Comment