SUBANG JAYA: Pelajar tingkatan lima yang ditahan bersama teman lelakinya pada 17 Ogos lalu, kerana disyaki merancang penculikannya bagi menuntut wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya, disambung reman selama tiga hari lagi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata, tahanan reman pelajar itu disambung bagi menyelesaikan siasatan.
Katanya, gadis terbabit meminta wang daripada ibu bapanya selepas didesak teman lelakinya.
“Kami menyiasat sama ada gadis terbabit bersalah di atas ugutan wang kepada ibu bapanya,” katanya di sini, semalam.
Harian Metro 18 Ogos lalu, melaporkan remaja, Ameerah Asha Aizan, 17, hilang selama enam hari merancang penculikan sendiri bersama teman lelakinya dan berpakat menuntut wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya.
Pasangan itu ditahan 17 Ogos lalu dalam sebuah kereta di Saujana Puchong selepas polis mendapat maklumat ibu bapa gadis terbabit yang mendapat ugutan seorang lelaki dipercayai teman lelaki anaknya yang meminta wang tebusan RM50,000. Mereka direman empat hari. - Mymetro
No comments:
Post a Comment