JOHOR BAHRU – Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda mendakwa didera secara fizikal dan rambut mereka dibotakkan semasa mengikuti kursus motivasi di Penjara Kluang, hujung minggu lepas.
Sepanjang program tiga hari itu, mereka mendakwa dipukul di bahagian perut, digari, dicengkam di tengkuk selain diarah memakai pakaian banduan.
Seorang peserta Mohd Fakhrullah Masali, 16, mendakwa, mereka dilayan seperti banduan, malah dikejutkan seawal 4.30 pagi untuk menjalani latihan kawad dan sebagainya.
Seorang lagi peserta Firdaus Mohammad, 16, pula berkata, mereka didera melakukan tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi mengakui pihaknya mengetahui bahawa pelajar yang mengikuti program itu perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara.
Malah katanya, sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program tersebut.
"Konsultan yang dilantik oleh pihak sekolah juga merupakan konsultan yang biasa dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan mungkin modul sahaja yang berbeza,” katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment