28 August 2011

Padah pakai skirt pendek

Jul 12, 2010
MUAR: Gara-gara memakai skirt pendek dan gagal mematuhi peraturan pakaian seragam sekolah, seorang pelajar perempuan tingkatan enam mendakwa ditampar sebanyak lima kali oleh seorang guru lelaki sehingga meninggalkan kesan lebam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu, di sebuah sekolah menengah di Jalan Tengku Bendahara di sini, pelajar itu mendakwa terpaksa menanggung kesakitan selepas ditampar.

Difahamkan, pelajar itu sebelum ini pernah diberi peringatan oleh guru terbabit supaya mematuhi peraturan memakai skirt sekolah melebihi paras lutut.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila dia bersama rakannya berjalan berhampiran bilik guru sebelum dipanggil guru berkenaan.

Saya mengaku salah kerana dua minggu lalu guru itu menegur perkara sama namun saya tidak mempunyai wang mencukupi membeli skirt baru.

Ketika disoal, saya berjanji mematuhi peraturan itu secepat mungkin tetapi dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, katanya, semalam.

Lee berkata, dia terkejut apabila guru berkenaan menamparnya di pipi kanan sehingga meninggalkan kesan lebam.

Saya bukan saja ditampar lima kali, malah guru itu menuduh saya biadab kerana menjawab soalannya. Saya turut tersinggung dengan kejadian itu selain bimbangkan keselamatan, katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, beliau kesal dengan kejadian, malah menggesa Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar menjalankan siasatan.

Hukuman seperti itu tidak seharusnya dipraktikkan di sekolah kerana ia boleh mengundang masalah tidak diingini, katanya.

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Ramli Abd Samat, berkata pihaknya sudah menerima aduan berkaitan kejadian dan tindakan akan diambil termasuk mengadakan pertemuan membabitkan kedua-dua pihak. - HMetro


Google Search

skirt pendek muslimah
skirt pendek
skirt pendek diperkosa
laki pakai skirt
cara hilangkan kesan lebam ditampar di pipi
guru pakai mini skirt-berita harian online
kisah benar ajab isteri curang
orang putih pakai skirt pendek
melayu pakai skirt
melayu skirt pendek gila
perempuan melayu pakai skirt
siti nurhaliza pakai skirt pendek di indonesia
siti skirt pendek
cara hilangkan kesan lebam ditampar
youtube skirt pendek
awek pakai skirt pendek
Siti pakai skirt
anith skirt
awek melayu pakai skirt
sekolah agama pakai stokin paras lutut
perempuan melayu pakai skirt pendek
awek melayu short skirt
Siti Norhaliza seksi pakai skirt
pencipta skirt
pakai skirt pendek di shopping mall
padah pakai skirt
padah pakai seksi
Padah jika percaya bomoh
siti saleha skirt pendek
angkara pakai skirt




No comments:

Post a Comment