26 August 2011

Maxis catat untung RM552 juta


KUALA LUMPUR - Maxis Bhd. (Maxis) meneruskan prestasi kukuh tahun ini dengan mencatatkan kenaikan keuntungan selepas cukai berjumlah RM552 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2011, berbanding RM540 juta pada suku sebelum.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 1.5 peratus kepada RM1.1 bilion berbanding RM1.09 bilion pada suku pertama 2011 ekoran perolehan yang lebih tinggi dan margin yang stabil.

Margin EBITDA yang dicatatkan ialah sebanyak 51.3 peratus, meningkat 0.2 peratus daripada 51.1 peratus pada suku sebelumnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, perolehan daripada perniagaan bukan suara iaitu perkhidmatan data dan Internet menyumbangkan 42.7 peratus kepada jumlah perolehan perkhidmatan mudah alih.

"Bagi suku kali ini, perolehan yang mengecualikan perolehan daripada Perkhidmatan Gerbang Antarabangsa (IGW) adalah sebanyak RM2.13 bilion, menggambarkan pertumbuhan 2.1 peratus daripada RM2.08 bilion yang dicatatkan pada suku pertama lalu," katanya pada sidang akhbar pengumuman prestasi suku kedua 2011 Maxis di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment