26 August 2011

Dakwat kekal lebih mudah berbanding biometrik - Dompok

KOTA KINABALU 26 Ogos - Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berpendapat penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya umum adalah lebih mudah berbanding sistem biometrik.

Katanya, sistem biometrik agak sukar untuk digunakan dalam keadaan tertentu terutama apabila berlaku gangguan bekalan elektrik semasa hari pengundian.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, dakwat kekal masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu selain dapat mencegah pengundian berganda terutama di Sabah yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah pendatang tanpa izin.

Beliau berkata demikian kepada pemnerita selepas majlis pemberian wang pendahuluan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar bari ijazah pertama dan penyerahan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi kawasan Parlimen Penampang di Lok Kawi, dekat sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment