MELBOURNE 26 Ogos - Seorang bekas pakar bedah saraf kelahiran Malaysia, yang didakwa membunuh dua teman sosial wanita kelas atasan, dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun tiga bulan, demikian menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Menyifatkan kes itu sebagai “suatu yang menyedihkan”, Hakim Robert Toner menyimpulkan bahawa Suresh Surendranath Nair telah didorong oleh kepentingan nafsunya.
Nair, 43, yang mengaku bersalah tuduhan membunuh Suellen Domingues-Zaupa, 22, yang mati di kediaman tertuduh di Elizabeth Bay, Sydney, pada Februari 2009.
Dia juga mengaku bersalah membekalkan dadah kepada seorang lagi pelacur, Victoria McIntyre, 23, yang meninggal dunia di kediamannya pada Februari 2009.
Dia kemudiannya mengaku membekalkan kokain pada Januari 2010, apabila dia melanggar syarat ikat jaminnya apabila ditemui bersama dua pekerja seks dan mengambil kokain. - Bernama
No comments:
Post a Comment