BENGHAZI: Jurucakap pemberontak berkata, terminal minyak strategik Brega di timur Libya kini berada di bawah kawalan pemberontak sepenuhnya.
Ahmed Bani berkata, bandar perindustrian Brega akhirnya ditawan pagi ini. Pemberontak berjuang untuk menawan Brega selama lebih seminggu.
Penawanan Brega adalah penting untuk pemberontak kerana ia mengandungi kompleks hidrokarbon kedua terbesar Libya dan telaga penapisan minyak utama negara itu.
Wilayah jajahan Gaddafi kini semakin berkurang dengan mendadak dalam tempoh tiga minggu lalu, dengan pejuang pihak lawan bergerak lebih dekat menuju ke Tripoli, bandar raya yang dihuni dua juta penduduk. - AFP
No comments:
Post a Comment