KUALA LUMPUR: Seramai 150 pelajar dari Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) akan dihantar melanjutkan pelajaran ke Ireland bagi mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang perubatan.
Mereka akan belajar di institusi yang mempunyai perkongsian pengajian dengan PMC iaitu Kolej Pakar Bedah Diraja Ireland (RCSI) dan Kolej Universiti Dublin (UCD). Dalam satu majlis orientasi di sini, Dekan PMC, Prof Amir Khir meminta para pelajar tersebut membuka minda mereka semasa berada di luar negara di samping terus mengekalkan identiti Malaysia. Mereka akan berlepas dalam tempoh dua minggu lagi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment