
Dalam serbuan pukul 2 pagi itu, polis merampas pelbagai senjata berbahaya seperti pedang samurai, parang, pisau dan alat pemedih mata daripada suspek yang berusia di antara 26 dan 40 tahun terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menjalankan risikan mengenai kes menyamar polis untuk menyamun menggunakan senjata pedang samurai dan pistol di sekitar daerah tersebut.
Katanya, ketika serbuan, terdapat seorang lelaki dan dua wanita sedang berehat di dalam rumah itu. - Kosmo
No comments:
Post a Comment