KUANTAN, 11 April - Kerajaan Negeri Pahang dibawah pimpinan Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob (foto) digesa mengambil tindakan tegas kepada Hotel Vistana dekat sini kerana dipercayai telah menganjurkan Aksi Lucah Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah yang diberi nama Miss Malaysia Pahang 2010 seperti yang didedahkan baru-baru ini.
Ramai yang terkejut dengan paparan video yang telah berjaya kami jejaki dari laman web ohtidak.com ini. Setelah diamati ternyata gambaran hotel yang dipaparkan ialah Hotel Vistana di mana Kerajaan Negeri Pahang memegang 13.71% ekuitinya, menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).
Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang dalam tidak sengaja perlu dipertanggungjawabkan kerana menaja program mungkar dan maksiat seperti ini. Acara ini biar pun bertujuan amal untuk mengutip derma tabung anak yatim dan rumah kebajikan, namun dek kerana ia melibatkan mak nyah dan ponda-pondan maka ternyata ia "haram" dan "ditegah oleh Agama Islam" itu sendiri.
Soalnya, kenapa pemimpin UMNO BN yang mengatakan mereka beragama Islam dan berusaha mengamalkan cara pemerintahan "amal makruf nahi mungkar" tergamak membiarkan program ini diadakan. Malah, lebih mengejutkan tetamu yang hadir juga adalah terdiri daripada beberapa orang pemimpin termasuk yang bergelar "Dato" itu sendiri. - www.pahangdaily.blogspot.com
* Jangan mimpi Umno hendak cegah maksiat...
No comments:
Post a Comment