11 April 2011

Bakal guru lumpuh separuh badan


TEMERLOH - Masa depan seorang bakal guru yang terlantar sakit akibat diserang jangkitan kuman pada otaknya sejak lima bulan lalu kini semakin suram.

Mohd. Syafiq Abdul Manaf, 22, pelajar tahun tiga Maktab Perguruan Lipis dekat sini kini tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.

Ekoran menderita penyakit itu, harapan Mohd. Syafiq untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi seorang pendidik kian pudar.

Bapanya, Abdul Manaf Yunus, 47, berkata, anaknya seorang yang aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal, hanya diserang demam panas pada 23 September tahun lalu. - Kosmo

No comments:

Post a Comment