KUALA LUMPUR 7 April - Semua pihak diminta agar tidak membuat spekulasi bahawa kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam, mempunyai kaitan dengan tragedi menimpa Teoh Beng Hock.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, adalah tidak adil jika kes kematian Ahmad Sarbani dan Setiausaha Politik Exco Selangor itu dikatakan ada kaitan sedangkan proses siasatan mengenainya masih di peringkat awal.
Malah, katanya, kedua-dua kes itu mempunyai fakta yang berbeza, cuma kebetulan ia membabitkan mangsa yang menjadi saksi SPRM dan berlaku di bangunan suruhanjaya tersebut.
"Saya harap kita jangan mencampuradukkan dua kes yang berbeza ini, seolah-olah ada benda yang tidak betul sebab kedua-duanya mempunyai fakta berbeza.
"Biar proses siasatan selesai dijalankan dahulu kerana saya rasa jika kita ikut sistem yang ada di negara kita dan menghormati proses perundangan, maka kebenaran pasti berpihak kepada kita," katanya pada sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ke Hospital Serdang sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 dekat sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai siasatan lanjut kes Ahmad Sarbani yang ditemui mati terjatuh dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Pejabat SPRM Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Ismail, beliau sedar banyak pihak mahu mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku termasuk pihak polis yang menjalankan siasatan.
"Namun, saya dah cakap banyak kali jangan buat spekulasi dan jangan buat andaian kerana kita tidak boleh menghukum sesuatu perkara sebelum kebenarannya diketahui," ujarnya. - Utusan
* Bukan dia yang menghukum dulu dengan mengatakan ini kematian mengejut...
No comments:
Post a Comment