KUALA LUMPUR 14 April - Seorang pegawai perisikan tentera, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika terbukti beliau membuat kenyataan palsu bagi tujuan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan serta merta sudah dijalankan terhadap Azmi Zainal sebaik sahaja pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pembabitan pegawai tentera itu dalam usaha terancang bagi menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, berkuat kuasa serta merta juga, Azmi Zainal tidak lagi bertugas di Kor Risik sebaliknya, ditukarkan ke bahagian pentadbiran, di Wisma Kementerian Pertahanan. - Utusan
* Tak berapa lama dahulu RPK diburu sebagai penjenayah dan pengkhianat bangsa oleh polis. Sekarang kata-katanya seolah-olah arahan yang perlu dipatuhi...
No comments:
Post a Comment