02 March 2011

Sebutan semula kes nusyuz 24 Mac

KUALA LUMPUR: Permohonan nusyuz Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Perak, Kamarullail Sulaiman, 48, terhadap isteri pertama yang didakwa mengupah samseng mengganggunya akan disebut semula pada 24 Mac ini.

Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi menetapkan tarikh itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada prosiding sebutan kali pertama semalam selepas memerintahkan Laila Nahar Arifin, 41, iaitu isteri Kamarullail yang tidak hadir pada prosiding semalam hadir pada tarikh ditetapkan.

Pada 21 Januari lalu Kamarullail memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya yang dinamakan sebagai defendan atas alasan perbuatan kasar isteri yang sering mengganggu di tempat kerja.

Pada prosiding semalam, Kamarullail tiba di mahkamah jam 9 pagi ditemani seorang wanita dipercayai isteri keduanya Laili Khalid, 39, serta ahli keluarga bersama peguam syarie Muhammad Nur Hafiz Rosli.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang isteri yang berdendam dengan suami sehingga mengupah beberapa lelaki disyaki samseng untuk menceroboh rumah suaminya dan melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM657,600. - HMetro

No comments:

Post a Comment