10 March 2011

Ragut rantai RM8,000

SEREMBAN: “Belum sempat menjawab pertanyaannya, lelaki bermotosikal itu terus mengacu parang ke leher saya dan meragut barang kemas lalu melarikan diri.”

Begitu kata, warga emas, Rosnah Emby, 66, yang rugi kira-kira RM8,000 apabila disamun penjenayah berparang berpura-pura bertanyakan arah jalan di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini, semalam.

Menurut Rosmah, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, dia baru selesai membeli barangan keperluan dapur di kawasan situ.

“Saya dan dua rakan duduk berehat sambil bersembang di sebuah pondok di situ sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal berusia 20-an.

“Kami bertiga pada awalnya langsung tidak mengesyaki apa-apa apabila dia kemudian hanya bertanyakan alamat atau arah sebuah kawasan.

“Namun, apabila mahu menjawab pertanyaannya itu, lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan parang panjang lalu mengacukannya ke leher saya sambil meragut rantai dan gelang tangan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosnah berkata, kejadian berlaku amat pantas dan dia terlalu panik hingga menyebabkan rakannya tercedera akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.

“Pada waktu itu, walaupun ketakutan saya tidak mampu berkata apa-apa kerana bimbang dicederakan perompak bersenjata berkenaan.

“Namun, kerana terlalu panik, rakan saya yang terkejut melihat parang itu melarikan diri sebelum terjatuh ke jalan,” katanya. - Mymetro

* Jenayah yang banyak tanda kerajaan yang lemah...

No comments:

Post a Comment