SHAH ALAM: “Polis memegang tanggungjawab menjaga keselamatan dan keharmonian anda (masyarakat). Polis bukan musuh anda. Polis adalah rakan anda yang sentiasa bersedia mengambil berat,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Beliau berkata, kekuatan anggota dan pegawai polis di Selangor bukan semata-mata bergantung kepada lebih 11,000 polis tetapi paling utama ialah 5.4 juta rakyat di negeri ini.
Berikutan itu, katanya masyarakat perlu mengubah paradigma dengan menjadikan anggota polis sebagai rakan untuk membantu menurunkan kadar jenayah sekali gus mengurangkan rasa takut menjadi mangsa jenayah.
Menurutnya, kerjasama erat antara masyarakat dan polis khususnya di negeri maju seperti Selangor yang menjadi tumpuan mencari rezeki rakyat tempatan dan luar negara amat penting untuk kehidupan harmoni dan berkualiti.
Tun Hisan berkata, masyarakat bukan sahaja sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan malah perlu juga menjadi mulut polis dengan melaporkan segala perkara yang menimbulkan keraguan.
“Pendekatan kami di Kontinjen Selangor seperti ‘konsep payung’ atau Ops Payung dengan peningkatan kehadiran anggota hingga masyarakat rasa dekat dengan polis dan itu adalah antara cara kami mahu menghulur tangan bekerjasama dengan masyarakat.
“Tak dinafikan ada ‘bad apple’ atau kalangan anggota yang kurang berdisiplin tetapi kami mengalu-alukan maklumat supaya tindakan dapat diambil segera sekali gus mengubah paradigma songsang berkenaan kepolisian,” katanya.
Menurutnya, pendekatan mesra turut diamalkan ketika ini untuk mengeratkan hubungan dengan orang ramai termasuk program bersama belia, pameran, teknik psikologikal menerusi media massa dan penggembelingan integrasi antara ketua jabatan polis dan ketua jabatan organisasi lain. - Mymetro
* Jangan kata sahaja polis itu kawan. Pergi ke negara maju dan lihat penghayatan polis sebagai kawan. Anda akan merasa sangat malu...
No comments:
Post a Comment