24 March 2011

MP Sg Petani: ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar

PETALING JAYA, 24 Mac – Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang “Datuk T” – Datuk Shuib Lazim adalah “pak ciknya”, yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu. - TMI

* Muka dia seiras Anwar...

No comments:

Post a Comment