05 March 2011

Kerajaan akan ambil tindakan tegas - Hishammuddin

TEMERLOH 5 Mac - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak jika tindakan menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan berada pada tahap serius.

Beliau berkata, bagi membendung tindakan itu, kerajaan akan menggunakan akta sedia ada termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), jika perlu.

"Gerakan-gerakan seperti ini memang wujud tetapi saya dimaklumkan tak serius kerana tujuan mereka, matlamat mereka (hanya) bersandarkan kepada politik nak menangguk di air keruh, nak ambil kesempatan apa yang berlaku di Timur Tengah.

"Masyarakat di sini nampak bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memahami (perubahan) landskap baru ini dan tahu bahawa kita kena berubah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup polis di Markas Taktikal Polis (Martek) di sini, hari ini. - Bernama

* Ingat Mubarrak yang kata tadi...

No comments:

Post a Comment