KUALA KRAU 5 Mac - Bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 25, Muzammil Muaalif hari ini mengumumkan keputusannya menyertai semula parti itu selepas bertindak keluar Rabu lalu.
Muzammil berkata, beliau kesal dengan tindakannya itu ekoran daripada masalah peribadi yang dihadapinya.
Keputusan itu diumumkannya pada sidang akhbar Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, dekat sini, hari ini.
“Saya terharu dengan rakan-rakan lama yang menghubungi dan bertanyakan tentang tindakan saya keluar parti,” kata Muzammil yang juga pengasas UMNO Cawangan Felda Jengka 25.
Menurutnya, dia juga tidak tahu tentang kehadiran 11 lagi penyokong UMNO yang dikatakan bersamanya akan meninggalkan parti itu Rabu lalu. - Utusan
* Aiks, dia ingat keluar masuk ini, macam masuk jamban ke apa?
No comments:
Post a Comment