08 February 2011

S'gor mohon tubuh polis bantuan lagi


Setelah permohonann sebelum ini gagal mendapat sebarang maklum balas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menghantar sepucuk lagi surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta agar permohonan mereka untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dipertimbang.

Menurut menteri besar, surat itu menyatakan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

“Saya menulis kepada menteri dalam negeri supaya hasrat kerajaan Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan menjadi kenyataan.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat,” kata Khalid.

Menurut Khalid, surat permohonan pertama dihantar pada Julai 2009.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga pernah memohon untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dengan menjadikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, tambah Khalid, kes terbaru yang mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta wanita hamil yang ditampar dan dirompak jelas membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan. - Malaysiakini

* Kerajaan Umno memang lembab dalam hal menjaga keselamatan rakyat dan kita tidak boleh bertolak ansur dengan mereka ini dalam pilihanraya akan datang...

No comments:

Post a Comment