KOTA BHARU 20 Feb. — Persatuan Imam dan Pegawai Masjid SeMalaysia hari ini menerima sumbangan geran bantuan RM300,000 daripada kerajaan pusat bagi membiayai aktiviti persatuan itu.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh, yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyampaikan cek bantuan kewangan itu kepada Yang Dipertua persatuan itu, Kamarulzaman Latiff pada satu majlis di sini hari ini.
Mohd. Fatmi berkata, bantuan kewangan itu adalah hasil daripada pertemuan persatuan berkenaan dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada Ogos tahun lepas.
Sementara itu, Kamarulzaman Latiff berkata pihak persatuan amat bersyukur dan berterima kasih di atas pemberian geran bantuan itu yang membolehkan mereka merancang pelbagai program untuk masjid dan rakyat setempat. — Bernama
No comments:
Post a Comment