TRIPOLI, 20 Feb — Hampir 15 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Libya di Benghazi, sebelah timur negara itu semalam — pergolakan paling buruk dalam 42 tahun kepimpinan Muammar Gaddafi.
Penembak hendap melepaskan tembakan ke atas penunjuk-penunjuk perasaan, kata penduduk tempatan yang tidak mahu namanya didedahkan.
“Berdozen terbunuh... bukan 15, tetapi berdozen. Kami di tengah pembunuhan beramai-ramai di sini,” katanya dipetik Reuters.
Sebelum semalam, badan pemerhati Human Rights Watch menganggarkan 84 orang telah terbunuh ekoran tunjuk perasaan rakyat di negara itu. - TMI
No comments:
Post a Comment