Lapan pemimpin dan aktivis Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditangkap awal hari ini semasa forum mengenai novel kontroversi 'Interlok' di Lunas, Kedah.
Menurut mesej teks dari setiausaha agung penaja HRP, PUthayakumar, mereka termasuk presiden HRP, W Sambulingam dan timbalan ketua HRP Kedah, P Muniandy.
Yang lainnya termasuk aktivis HRP - R Ramu, MS Maniam, S Dass, D Raja dan CF Mani.
Uthayakumar berkata parti juga menjangka tangkapan yang sama dibuat di satu lagi forum yang dijadual diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Pihak polis, tambah Uthayakumar, telah memasang notis akan menangkap mereka yang menghadiri forum tersebut. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment