05 February 2011

Ops Sikap: 15 lagi kematian dicatatkan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Sebanyak 15 lagi kematian dicatatkan dalam Ops Sikap sempena Tahun Baharu Cina semalam dengan 12 daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Manakala tiga lagi kematian melibatkan kereta.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sebanyak 856 kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang tempoh 24 jam lalu.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 276 kemalangan berlaku di jalan bandaran diikuti 252 kes di jalan Persekutuan, jalan negeri (189), lebuh raya (86) dan 53 kes di jalan-jalan lain.

"Kemalangan maut tertinggi direkodkan di jalan bandaran iaitu enam kes, manakala jalan Persekutuan (5) dan jalan bandaran (4)," kata kenyataan itu.

Sebanyak 10,119 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan semalam dan jumlah itu didapati menurun berbanding 12,451 saman yang dikeluarkan kelmarin.

Ops Sikap Ke-23 yang sudah seminggu dilancarkan akan berakhir 10 Februari depan. - Utusan

* Tukar Ops sikap kepada Ops Catat sebab setiap kali hanya mencatat tetapi tidak guna otak untuk menyelesaikan masalah...

No comments:

Post a Comment