ALOR SETAR 5 Feb. – Setelah lebih 10 tahun menjanda, pelakon drama, Shahriza Mahmud, 45, selamat diijabkabulkan dengan Mohd. Khalif Saddiq Mohd. Rafali, 30, di Masjid Rafeah Taman Uda di sini hari ini.
Shahriza yang berwalikan bapanya, Mahmud Ismail, 76, dinikahkah oleh imam masjid berkenaan, Zakaria Long pada majlis bermula 11 pagi dan diadakan serentak dengan majlis pertunangan.
Dengan sekali lafaz, Shahriza sah menjadi isteri kepada Mohd. Khalif Saddiq, seorang penolong pengarah drama yang juga merupakan abang kepada penyanyi remaja, Ana Raffali dan menerima mas kahwin RM1,111 serta wang hantaran RM1,888.89.
Shahriza yang juga merupakan penolong pengarah drama dan penulis skrip melangsungkan perkahwinan tersebut setelah lebih lima tahun mengenali Mohd Khalif Saddiq. - Utusan
No comments:
Post a Comment