06 February 2011

Ops Sikap: 10 penunggang motosikal terbunuh

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penunggang motosikal mencatatkan nahas korban tertinggi iaitu 10 kematian daripada 16 kes yang direkodkan pada hari ke-10 Ops Sikap ke-23 semalam.

Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, enam mangsa korban jalan raya lain ialah pengguna kereta.

Statistik terbaru itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini meningkat kepada 134 orang sejak operasi itu bermula 27 Jan.

Daripada 1,042 kemalangan yang berlaku semalam, jalan persekutuan mencatat jumlah tertinggi iaitu 357 kes, diikuti jalan bandaran (323), jalan negeri (166), lebuh raya (137) dan jalan-jalan lain (59 kes).

Dalam operasi semalam, sebanyak 10,593 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik. - Bernama

* Malaysia sebenarnya bermandi darah setiap hari...

No comments:

Post a Comment