20 February 2011

Iran bebaskan dua wartawan Jerman

TEHERAN 20 Feb. - Iran semalam membebaskan dua wartawan Jerman yang ditahan kerana menemuramah anak dan peguam kepada wanita yang dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana berzina, selepas menukarkan hukuman penjara yang dikenakan ke atas mereka kepada denda sebanyak AS$50,000 (RM151,775).

"Kedua-dua tertuduh yang ditahan di Tabriz telah dibebaskan dan akan berangkat pulang negara mereka," kata ketua badan kehakiman Azerbaijan Timur di utara Iran, Ajdar Sharifi yang dipetik daripada agensi berita rasmi IRNA.

Kementerian Luar Negeri Jerman berkata, pihaknya berharap Marcus Hellwig dan Jens Koch akan 'berada di bawah perlindungan kedutaan di Teheran'. - AFP

No comments:

Post a Comment