23 January 2011

Rogol murid: Guru dipenjara 12 tahun, 2 sebatan

KOTA BHARU 23 Jan. - Seorang guru berusia 45 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan merogol anak muridnya lima tahun lalu.

Mohd. Saidi Che Tengah didapati bersalah merogol murid berkenaan yang ketika kejadian berumur 12 tahun dua bulan di rumah keluarganya di Tanah Merah dan di dalam bilik sebuah resort di Bachok.

Mengikut pertuduhan pertama, guru yang berasal dari Kampung Bukit Kuang, Tanah Merah dan mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di daerah itu merogol mangsa di rumah ibunya di Kampung Bukit Merah pada waktu tengah hari, 5 Ogos 2006. - Utusan

No comments:

Post a Comment