23 January 2011

BN Selangor tak mahu pegawai kerajaan jadi ‘pak turut’

SHAH ALAM, 23 Jan. - Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai ‘Pak Turut’.

Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang esok bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Seolah-olah Menteri Besar nak berkuasa penuh. Adakah kita nak lihat umpamanya dalam satu pentadbiran kerajaan nak juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang macam dicucuk hidung,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di sini hari ini.

Mohamad Satim berkata, setiap kerajaan yang baik mempunyai polisi yang baik dan polisi itulah yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan sambil mempersoal kenapa sekarang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meragui kuasanya sendiri sehingga perlu meminda undang-undang negeri.

Katanya, beliau bimbang jika pindaan itu diluluskan mungkin tidak akan ada kata putus dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi kerajaan negeri sekiranya calon yang dikemukakan SPA kepada sultan tidak dipersetujui oleh Menteri Besar kerana beliau mempunyai calon lain. - Bernama

* Selama ini pegawai kerajaan memang sudah menjadi pak turut...

No comments:

Post a Comment