24 January 2011

Lebih 1,000 berarak bantah pindaan Undang-Undang Tubuh Selangor

SHAH ALAM, 24 Jan. - Lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) hari ini berarak ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, untuk menyerahkan memorandum bantahan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Bantahan itu dibuat sempena sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang diadakan hari ini.

Kumpulan NGO berkenaan yang disertai antaranya Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mula berkumpul di Dataran Shah Alam di sini sejak pukul 10.30 pagi sebelum berarak sejauh kira-kira satu kilometer.

Wakil kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo menyerahkan memorandum berkenaan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burung Datuk Mohd Shamsudin Lias. - Bernama

No comments:

Post a Comment