25 November 2010

Peragut adik-beradik dicekup


SEREMBAN - Dua beradik suspek kes ragut yang terdesak sanggup memanjat bumbung rumah jiran mereka untuk menyembunyikan diri namun percubaan mereka itu gagal apabila ditahan polis di Taman Bukit Kepayang, di sini pagi semalam.

Kedua suspek yang berada kira-kira lebih sejam di atas bumbung tersebut akhirnya dibawa turun oleh sepasukan bomba sebelum mereka ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua suspek lelaki berusia 20-an itu dipercayai melakukan kegiatan ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam kira-kira pukul 6.15 petang Selasa lepas.

"Dua suspek terlibat kes ragut itu menggunakan alasan mahu memungut hutang ketika melakukan jenayah di rumah terbabit. Mereka kemudiannya dikatakan cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser.

"Mereka juga dipercayai melarikan beg pinggang mangsa yang berisi sejumlah wang," katanya di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment