24 November 2010

Pelajar China bunuh setiausaha universiti di Rusia

SAINT PETERSBURG 24 Nov. - Seorang pelajar perubatan dari China telah memenggal kepala seorang setiausaha sebuah universiti di Rusia berusia 59 tahun sebelum melarikan diri ke pejabat konsulat negaranya semalam, kata para penyiasat.

“Penuntut berusia 27 tahun itu telah mengaku melakukan jenayah tersebut kepada pihak Konsulat China dan dia telah ditahan,” kata jurucakap penyiasat di St. Petersburg.

Mayat setiausaha tanpa kepala itu ditemui di First Medical Universiti di sini kelmarin, kata jurucakap itu.

Pelajar berkenaan dikatakan terus melarikan diri ke konsulat negaranya sebaik melakukan pembunuhan itu.

Menurut para penyiasat, pelajar yang telah mendaftar di pusat pengajian itu sehingga November 2009 apabila dia disingkirkan kerana gagal membayar yuran pengajian. - AFP

No comments:

Post a Comment