28 October 2010

AC Mizal ke penjara, denda RM1,500

KAJANG 28 Okt. - Pengacara dan pelakon AC Mizal dipenjara 25 hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini selepas dia didapati bersalah engkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan nafkah anak berjumlah RM50,000.

Permohonan komital (penjara) terhadap bekas pengacara Akademi Fantasia (AF) dikemukakan oleh bekas isterinya, Shafnie Zainuddin.

Bagaimanapun AC Mizal boleh terlepas hukuman penjara sekiranya membayar RM9,800 iaitu sebahagian tunggakan bermula Januari 2005 hingga Februari 2009. - Utusan

* Pahang masih nak beri 'datuk' ke?

No comments:

Post a Comment