28 October 2010

Hilang signal punca gangguan talian Celcom

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Gangguan yang dialami pengguna talian Celcom Axiata Berhad di Negeri Sembilan dan Selangor semalam berpunca daripada kehilangan signal kesalinghubungan node pertukaran utamanya di Kepong.

Kenyataan dikeluarkan syarikat itu memaklumkan, gangguan tersebut hanya berlaku selama 90 minit dan bukan enamjam seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Masalah itu pulih sepenuhnya pada jam 1.30 petang selepas tindakan pantas pihak Celcom mengaktifkan tapak bantuan di Subang Hi-Tech berserta proses bantuan tambahan yang lain. - Utusan

* Menyusahkan orang sungguh...

No comments:

Post a Comment