15 April 2010

'Tuan Muda' sah dapat 9A SPM

KUANTAN - Remaja yang menyamar sebagai 'Tuan Muda Pahang' bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Pahang baru-baru ini sah merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, remaja berkenaan merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A dan 1B dalam SPM 2009.

Menurutnya, remaja tersebut merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Bera dan remaja yang sama pernah memohon kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera untuk mengambil slip keputusan peperiksaan lebih awal berbanding pelajar lain.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, permohonan pelajar terbabit terpaksa ditolak kerana ia bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan.

"Dia telah menghantar surat kepada PPD untuk mengambil keputusan lebih awal namun tidak dibenarkan kerana ia bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita juga tidak tahu apa sebenarnya motif dan tujuan pelajar terbabit hendak mengambil keputusan SPM lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment