Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam Ops Rentap dan Samun kira-kira pukul 4.15 petang semalam.
Beliau berkata, polis masih berusaha menjejaki seorang lagi rakan mereka yang berjaya melepaskan diri dalam kejadian semalam.Beliau percaya pihaknya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes ragut dan samun bersenjata di Kelantan ekoran penangkapan tiga lelaki itu.
Katanya, siasatan ke atas ketiga-tiga lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun. - Bernama
No comments:
Post a Comment