07 April 2010

Shahrizat ‘malu’ nilai warga emas RM10 sebulan

SEREMBAN 6 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

"Saya rasa malu bila terbaca (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan.

“Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan pemberian tersebut bukan saja tidak membantu membasmi kemiskinan malahan jumlah RM100 itu juga tidak dapat menampung keperluan warga emas berkenaan. - Bernama

* Nilai warga emas di negeri-negeri UmnoBN lagilah langsung tiada nilai (RM0 sebulan)...

No comments:

Post a Comment