KUALA LUMPUR 6 April - Disebabkan menerima sogokan RM200, seorang anggota polis trafik berpangkat Sarjan berkemungkinan tidak lagi layak menerima gratuiti dan pencen bagi perkhidmatannya selama 30 tahun dalam sektor awam.
Ini kerana Mohd. Nazar Jalaludin, 49, dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, disabitkan dalam kes rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rosbiahanin Arifin yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadapnya memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Beliau mendapati Mohd. Nazar gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.
Mohd. Nazar didakwa menerima rasuah itu daripada Zaleha Mat Nor, 42, sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes Mohd Hafizi Marji, 19, berhubung satu kesalahan jalan raya dengan tidak membawa kes itu ke mahkamah.
Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Team A, Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee pada 5.30 petang 19 April 2008.
Mohd. Nazar telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Polis Diraja Malaysia, kelihatan sugul di kandang tertuduh dan dia dilihat menahan sebak sejurus Rosbiahanin menolak permohonan peguam T. Suresh, yang mewakilinya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda. - Bernama
* Polis yang ambil rasuah di luar sana itu yang terbaca ini, jangan tersengeh-sengeh sahaja...
No comments:
Post a Comment