24 April 2010

Polis Diminta Henti Jadi Boneka Umno-BN Tahan Penyokong PR


KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) menyelar sikap polis yang kini jelas bersikap berat sebelah dan cenderung untuk membantu Umno-Barisan Nasional dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Suara Keadilan selepas dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah dijamin sebanyak RM2,000.

"Pihak polis kini seolah-olah berkempen bagi pihak Umno-BN. Mereka tidak lagi menjalankan tugas yang sepatutnya mereka lakukan dan tunduk dengan arahan pihak tertentu", ujarnya.

CheGuBard dan empat rakannya ditahan di di sekitar Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 6 petang semalam.

Mereka didakwa atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam dan membawa senjata.

"Sekarang ini adalah waktu kempen pilihan raya. Sudah tentulah kita akan membawa alatan seperti itu untuk melakukan kerja-kerja kempen. Saya mendesak agar pihak polis menghentikan "lawak jenaka" ini dan memberikan fokus kepada tugas menjaga ketenteraman awam," tegas CheGuBard.

Beliau beranggapan penahanan tersebut merupakan taktik keji dalam kegilaan Umno-BN untuk mengganggu kelancaran jentera kempen PRK Hulu Selangor.

"Kita telah jangkakan perkara ini akan berlaku. Umno-BN akan menjadikan pihak polis sebagai alat bagi melengah-lengahkan pergerakan kita. Namun atas desakan ramai rakan-rakan yang datang ke balai dan memberikan sokongan, pihak polis terpaksa membebaskan kita," kata beliau.

Turut disita kenderaan yang digunakan mereka untuk melakukan gerak kerja kempen.

"Kenderaan tersebut memang sengaja ditahan kerana pihak polis tahu, nadi pergerakan kami amat bergantung kepadanya," katanya.

Badrul Hisham dan empat yang lain dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 7 Mei ini untuk sebutan kes. - SK

* Patutlah jenayah menjadi-jadi, ada polis begini. Naikkan Pakatan Rakyat perintah Malaysia, kita lantik polis yang buat kerja dengan amanah dan tanggungjawab...

No comments:

Post a Comment