24 April 2010

Pemimpin Pas diminta kembali kepada perjuangan Islam

KUALA LUMPUR 24 April – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta para pejuang Islam dalam Pas meletakkan kembali Islam sebagai asas perjuangan mereka dengan mengamalkan slogan Satu Islam: Aqidah didahulukan, Syariat dimartabatkan.

Beliau menyeru mereka menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai bukti dan persaksian di hadapan Allah S.W.T bahawa ahli Pas meletakkan Islam dahulu dan politik kemudian.

"Hari ini kelihatan seolah-olah perjuangan Dewan Pemuda Pas dan Dewan Ulama Pas yang menentang Kumpulan Artikel 11 pada 2008 telah dilupakan,’’ katanya.

Katanya, penentangan Pas terhadap kumpulan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin Pas di Pulau Pinang telah ditahan pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah kerana menentang forum kumpulan tersebut.

Menurutnya, Datuk Zaid Ibrahim adalah antara yang terlibat dalam Kumpulan Artikel 11 yang dianggap sebagai kumpulan yang cuba menghidupkan semula usaha penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang telah dihentikan kerajaan pada 2004.

"Ya, Zaid Ibrahim, `calon pengantin’ yang kini hebat dikompangkan oleh Pakatan Rakyat dan ditakbirkan oleh segelintir pemuda Pas di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai "calon berwibawa" mereka,'' katanya.

Beliau yang kini berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu berkata demikian dalam tulisan terbarunya di dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com. - Utusan

* Yang dia tu pengkhianat rakyat, lagi teruk...

No comments:

Post a Comment