03 April 2010

Pesalah seks dihukum tidak dibenarkan guna komputer selama 30 tahun

WASHINGTON 3 Apr. - Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman akibat kesalahan seks tidak sepatutnya dilarang mengguna atau memiliki komputer bagi tempoh 30 tahun selepas dia dibebaskan dari penjara, perintah mahkamah rayuan persekutuan semalam.

Panel tiga orang hakim bersetuju dengan pendakwa dan peguam lelaki itu bahawa larangan berkenaan terlalu keras kerana ia tidak boleh dilakukan dalam tiga dekad.

Mark Wayne Russell dari Columbia, Maryland ditahan pada 2006 bagi kesalahan cubaan meransang seks apabila ingin menemui seorang gasid dikatakan berusia 13 tahun yang dikenalinya melalui Internet.

Hakim itu mengatakan penggunaan komputer selalunya penting untuk memohon kerja.

Russell dihukum penjara beberapa tahun dan mencabar syarat pembebasannya.

Panel berkenaan mengarahkan mahkamah rendah untuk menggubal syarat itu.

Dalam syarat hukumannya, Russell diperintah supaya tidak memiliki dan menggunakan komputer untuk ‘apa alasan pun’.

Peraturan 15 muka surat mahkamah rayuan itu menyatakan, syarat berkenaan tidak adil terutamanya kepada seorang lelaki berusia 50 tahun yang bekerja selama 10 tahun sebagai jurutera sistem gunaan.

“Ramai kerja yang dilakukan golongan kolar biru juga memerlukan penggunaan komputer,” jelas hakim. - AP

No comments:

Post a Comment