01 April 2010

Peluru berpandu AS bunuh 36 militan, 6 tentera Pakistan

PESHAWAR, Pakistan 1 April - Serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat di kawasan pergunungan bersempadan dengan Afghanistan semalam telah membunuh 36 orang militan dan enam orang tentera Pakistan.

Pakistan dan Amerika Syarikat telah menumpukan serangan ke atas para pemimpin Taliban dan Al-Qaeda yang berpusat di kawasan pergunungan sempadan daerah barat laut Pakistan, yang disifatkan oleh Washington sebagai wilayah paling bahaya.

Menurut tentera Pakistan, 80 hingga 100 orang militan yang lengkap bersenjata serta roket dan kenderaan di daerah suku Khyber yang berada di bawah kawalan NATO telah melakukan serangan berani mati ke atas sebuah kem tentera yang menyebabkan enam orang askar maut.

Kira-kira 100 orang militan turut melancarkan serangan ke atas kem di Jansi dekat bandar Bara sekitar pukul 2 pagi, kata ketua pentadbir tempatan, Shafirullah Wazir.

“Pasukan keselamatan membalas serangan dan berbalas tembakan yang membunuh 20 orang pengganas serta mencederakan lebih 30 yang lain,” kata pihak tentera. - AFP

No comments:

Post a Comment