05 April 2010

Kahwini kanak-kanak: Isteri anggap ‘Sudin Ajaib’ sudah mati

PASIR MAS 5 April – “Saya anggap Sudin sudah mati,” kata isteri pertama Shamsuddin Che Derahman atau Sudin Ajaib, lelaki tabligh berusia 41 tahun yang masih diburu oleh polis kerana kesalahan mengahwini kanak-kanak bawah umur.

Rohana Ibrahim, 34, yang mempunyai empat anak, menyifatkan suaminya itu telah banyak memberi penderitaan kepada beliau sekeluarga.

"Tanpa kehadiran Sudin, kami kini dalam keadaan tenang,” katanya di sini.

Rohana berkata, sudah hampir sebulan suaminya itu menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

"Saya dan anak-anak pun tidak mengharap dan saya sendiri sudah tawar hati padanya. Cukuplah, dia sudah banyak menyusahkan hidup kami anak beranak,” katanya.

Rohana berkata, anak-anaknya juga tidak bertanyakan bapa mereka malahan anak sulungnya, Siti Nur Nadhirah, 11, yang dinikahkan oleh Sudin dengan sahabat tablighnya, juga enggan menyebut dan bercakap apa-apa mengenai Sudin.

"Kami sekeluarga tidak mahu pun mencari Sudin, biarlah apa dia nak buat, sama ada dia hidup atau mati kami tidak mahu ambil peduli,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment