24 April 2010

Hulu Selangor daerah pertama terima e-kiosk

SERENDAH: Hulu Selangor menjadi daerah pertama di Selangor menerima kemudahan e-kiosk yang menjadi pusat sehenti masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, 11 e-kiosk dengan jenama "Generasi Digital" itu ditempatkan di 11 mukim di bawah daerah itu bagi menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi satu megabit sesaat.

"Melalui khidmat e-kiosk itu, orang ramai boleh mengakses maklumat mengenai agensi-agensi kerajaan, asuhan keagamaan, kesihatan dan berita secara talian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan e-kiosk Generasi Digital dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Serendah di sini. Penempatan e-kiosk itu adalah antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena pelancaran Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.

E-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM4 juta.

Sebanyak 23 perkhidmatan e-kiosk akan ditempatkan di seluruh negeri Selangor secara berperingkat.

Rais juga berkata, beliau hendak mempercepatkan agihan perkhidmatan e-kiosk ini ke Sabah dan Sarawak agar mereka di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dunia digital.
Di samping itu, beliau juga meminta masyarakat memberikan maklum balas mengenai perkhidmatan e-kiosk agar perkhidmatannya dapat diperbaiki. - Bernama

* Projek membazir...

No comments:

Post a Comment