24 April 2010

BN Mahu Mandat di Hulu Selangor Simbol Rampas Negeri

HULU SELANGOR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat pengundi di Hulu Selangor demi membawa negara kepada arus perubahan yang lebih baik.

Menurut Perdana Menteri, perubahan pertama yang perlu dilakukan ialah dengan memberi kemenangan kepada BN di Selangor yang dilihat begitu penting dalam konteks pembangunan negara.

"Sebab itu saya nak mandat bagi kawasan Hulu Selangor pada kali ini, saya nak supaya negeri Selangor yang begitu penting dalam konteks masa depan negara.

"Ia sebuah negeri yang penting, sebab itulah perubahan mesti berlaku... perubahan yang pertama ialah pada 25 haribulan ini untuk kita sokong BN," katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di Restoran Weng Heng sewaktu bertemu penduduk di kawasan Ulu Yam Barat di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor meluangkan masa kira-kira sejam pada sesi bertemu rakyat itu.

Kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan sekitar pekan Ulu Yam itu untuk beramah mesra dengan Perdana Menteri.

Najib berkata dengan semangat bersatu-padu antara pelbagai kaum di negera ini, beliau mahu membawa Malaysia ke satu tahap yang cukup membanggakan hingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sebagai sebuah negara yang bersatu-padu, kita nak bandingkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan berjaya.

"Kita tak mahu Malaysia hanya menjadi negara yang sederhana, yang baik tidak, mundur pun tak. Itulah impian kita, sebab itulah saya dan rakan-rakan menteri bekerja bersungguh-sungguh," katanya.

Hadir sama dalam program itu ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Selain itu Najib berkata, pengundi di Hulu Selangor perlu memilih calon BN, P. Kamalanathan demi kepentingan pembanguan setempat.

"Kita ada calon yang baik, P.Kamalanathan, dia berjanji untuk kerja siang dan malam untuk tuan-tuan di kawasan ini. Saya nak negara kita ini maju... negara kita akan maju kalau orang Melayu, Cina dan India bekerjasama.

"Sebab itu kita akan bekerja atas semangat 1Malaysia, inilah satu satunya cara untuk kita ubah mereka... transformasi Malaysia," katanya.

Tidak seperti pembangkang, menurut Najib mereka hanya menaburkan janji-janji kosong kepada rakyat.

"Bukan macam pembangkang, janji macam-macam tapi habuk pun tak buat, ini kita BN akan bekerja untuk rakyat," katanya.

Terdahulu, Chua dalam ucapannya berkata, dalam tempoh dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan kepada rakyat di Selangor.

"Tapi Perdana Menteri kita berjaya membuka peluang yang baik kepada negara kita di bawah konsep Gagasan 1Malaysia," katanya. - Mstar

* Ya berubah...berubah jadi negara Yahudi.

No comments:

Post a Comment