02 April 2010

Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya

KUALA LUMPUR: Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.
Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.

"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.

"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.

"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.
(Gambar:Isteri Allahyarham Din Beramboi, Suhaini Che Man (dua kanan) menabur bunga di atas pusara Allahyarham suaminya selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini, hari ini. Turut sama ialah ketiga-tiga anak Allahyarham, Nil Aina Adibah, 18 (belakang kanan), Nil Ain Syuhada, 6, (tiga kanan) dan Mior Shafiq,12 (tiga kiri) )

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Farid Kamil, Sharifah Shahirah, Zul Yahya dan ramai lagi.

Terdahulu, Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke ICU kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin. - Mstar

No comments:

Post a Comment