05 April 2010

Bekas timbalan presiden Iran dipenjarakan semula

TEHERAN, Iran 5 April - Stesen televisyen rasmi negara Iran melaporkan seorang bekas timbalan presiden dan aktivis pro-reformasi terkenal yang didakwa menyebarkan propaganda terhadap penubuhan pemerintahan paderi sekali lagi dijatuhkan hukuman setahun penjara.

Stesen televisyen tersebut hari ini melaporkan bahawa Hossein Marashi telah ditahan semula dua minggu selepas dibebaskan buat sementara sempena cuti tahun batu Iran yang berakhir pada 2 April lalu.

Marashi merupakan antara ratusan aktivis dan pemimpin pembangkang lain yang ditahan dalam satu rusuhan yang diadakan gara-gara mempertikai kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam pilihan raya semula pada Jun lalu.

Marashi merupakan jurucakap parti politik liberal Kargozaran dan penyokong kepada pemimpin pembangkang Mir Hossein Mousavi dalam pilihan raya Jun lalu.

Beliau berkhidmat sebagai timbalan presiden bermula pada tahun 1997 hingga 2005. - AP

No comments:

Post a Comment