BAGHDAD 5 April – Penyerang berani mati meletupkan tiga buah kereta berdekatan kedutaan di Baghdad hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 42 orang terbunuh manakala lebih 200 yang lain cedera.
Menurut pihak berkuasa, mereka bagaimanapun berjaya menggagalkan dua lagi cubaan serangan yang disasarkan di kedutaan diplomatik lain.
Pengeboman itu berlaku dua hari selepas satu serangan dilakukan oleh seorang lelaki bersenjata yang menyerbu tempat persembunyian dan membunuh 24 orang yang dipercayai pejuang anti Al-Qaida.
Letupan hari ini berlaku dalam beberapa saat antara satu sama lain berdekatan Kedutaan Iran dan dua buah kedutaan lain di sebuah kawasan termasuk Kedutaan Sepanyol, menurut Jeneral Mejar. Qassim al-Moussawi, seorang jurucakap untuk pusat arahan operasi bandar tersebut.
“Letupan-letupan ini disasarkan kepada kedutaan diplomatik,” kata al-Moussawi kepada The Associated Press selain mengatakan jumlah kematian mungkin akan meningkat. - AP
No comments:
Post a Comment